Friday, 1 April 2011

latifah ramzi with lurve: BAHANA NAFSU; MANUSIA MATI DIMAMAH API

latifah ramzi with lurve: BAHANA NAFSU; MANUSIA MATI DIMAMAH API: "Askum w.b.t Janggal, pelik dan jelek. Sukar untuk saya nyatakan sebenarnya betapa janggalnya saya, betapa peliknya dan jeleknya saya ..."

BAHANA NAFSU; MANUSIA MATI DIMAMAH API

Askum w.b.t

Janggal, pelik dan jelek.  Sukar untuk saya nyatakan sebenarnya betapa janggalnya saya, betapa peliknya dan jeleknya saya menyaksikan dan menyelongkar satu lagi kisah kehidupan masyarakat yang lebur moralnya bahana obsesi terhadap nikmat seks.

Rasa malu seakan lesu, rasa sendu mula bertamu dalam kotak otak saya ini tatkala membaca mengenai punahnya moral manusia setelah nafsu membadai jiwa.

Bukan untuk bersastera, bukan untuk bersyarah tetapi, saya mulakan dakwah kecil ini sebagai renungan bersama bertapa kerdilnya kita jika disingkap secara nyata. Kerana kekuasaan itu mutlak pada Allah yang Maha Esa.

Mengapa saya katakan begini.. Di sini saya rentangkan fakta dan sejarah yang wajar diambil iktibar betapa bencinya bumi kepada kita kerana engkar pada suruhanNya.

Percaya atau tidak, tapi ini realitinya... manusia musnah akibat kebuasan nafsu hingga buta erti malu dan tatasusila.... mereka merasakan cara melampiaskan nafsu WAJAR dilakukan SECARA TERBUKA.

Bagi anda yang mungkin tergamam dengan pernyataan ini, ia adalah realiti yang pernah berlaku dan terjadi apabila manusia gagal mengawal hawa nafsu.

Akibatnya satu kehancuran melanda hingga meranap berjuta jiwa ... ingin mengetahui ranapnya kota dan betapa seksa jiwa akibat dimamah luapan larva gunung berapi. saksi blog saya dalam masa terdekat ini.. nak tahu jadilah follower saya yer... di latifah ramzi with lurve blogspot yerrr, askummmm