Thursday, 31 March 2011

latifah ramzi with lurve: MANUSIA DITELAN BUMI; SAINS MENGAKUI KEBENARANNYA

latifah ramzi with lurve: MANUSIA DITELAN BUMI; SAINS MENGAKUI KEBENARANNYA: "Jika sebelum ini say amenceritakan mengenai keangkuhan kaum Nabi Lut a.s terhadap kekuasaan, , peringatan, amaran dan balasan dari Allah S..."

MANUSIA DITELAN BUMI; SAINS MENGAKUI KEBENARANNYA



Jika sebelum ini saya menceritakan mengenai keangkuhan kaum Nabi Lut a.s terhadap kekuasaan, , peringatan, amaran dan balasan dari Allah S.W.T dengan meneruskan amalan songsang yakni homoseksual, kali ini saya ingin meneruskan ke babak seterusnya....

Kisah amalan songsang Kaum Lutg akhirnya membawa padah, Jiwa mereka diragut dengan cara yang amat dashyat, seluruh negeri ranap ditelan bumi....tanda betapa Maha Dashyatnya Allah, tatkala Dia menurunkan bencana.... sekaligus menjadi pengajaran kepada generasi seterusnya agar tidak sekali kali mengulangi perkara yang sama.... 


Kejadian dashyat ini bukan sahaja hanya termaktub dalam Kitab Al-Quran, namun telah dibuktikan dengan penemuan tinggalan sejarah Kaum Nabi Lut a.s dan diperakui oleh ahli sejarah dan penyelidik barat, sekaligus membuktikan bahawa Al- Quran itu (diturunkan sebelum kedatangan sains lagi) adalah BENARRR!!!!

Menurut blog Deus Artefacta Ini terbukti apabila sekitar tahun 1965 seorang ahli sejarah yang bernama Paul Lapp menjalankan penyelidkan di sekitar Tasik Lut dan dalam penyelidikannya, Lapp telah menemui banyak bukti yang menunjukkan bahawa berlakunya penempatan manusia di sekitar Tasik Lut ini,  

Dua tahun kemudian Lapp meninggal dunia dan penyelidikan ini diteruskan oleh R.Thomas Schaub dan Walter E.Rast.


Blog Deus turut menyebut, jika tugas ini dilaksanakan dengan jayanya, kemungkinan mengandungi sekurang-kurangnya 20 ribu kawasan perkuburan (yang tertimbus dalam kedalaman yang tinggi dan akhirnya menjadi bentuk batu-batuan semulajadi) . Dalam kawasan galian itu juga dianggarkan ‘menyimpan’ lebih separuh juta kematian selain mengandungi kira-kira 2 juta bekas-bekas tinggalan sejarah termasuk ‘tembikar’.

Tidak lama kemudian, tugas penyelidikan itu diteruskan oleh seorang ahli arkeologi dari Jerman , Werner Keller, dengan menyatakan”

“Bersama-sama dengan asas rekahan yang besar ini, yang betul-betul melingkari kawasan Lurah Siddim yang meliputi yang meliputi Sodom dan Gomorrah, pada satu hari telah terbenam dengan dalamnya. Kemusnahannya disebabkan oleh satu gempa bumi yang hebat dan berkemungkinan besar dituruti dengan “LETUPAN”, “PETIR”, “PELEPASAN GAS ASLI” dan “KEBAKARAN BESAR”.

Werner percaya, negeri Nabi Lut a.s itu telah mengalami sebuah gempa bumi yang amat dashyat.

Dalam tulisan Werner menyatakan bahawa berlakunya “Pergeseran patahan membangkitkan tenaga vulkanik. Di lembah tinggi di Jordania berdekatan dengan Bashan masih terdapat kawah (yang memuntahkan lava gunung berapi yang sudah mati)
.''
Berkaitan dengan hal ini, Werner Keller menulis:
“Penenggelaman itu telah melepaskan kuasa gunung berapi di dalam bumi yang selama itu tidak aktif di sepanjang rekahan tersebut. Di bahagian atas Lembah Jordan berhampiran dengan Bashan, masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun-timbun di atas permukaan batu kapur”.


Untuk pengetahuan teman-teman ku sekalian, tasik Nabi Lut (yakni tempat berlakunya tragedi Nabi Lut a.s itu terletak di betul-betul di atas zon gempa bumi yang aktif atau yang dikenali sebagai zon gempa bumi.

Dengan adanya timbunan lava dan basalt ini bukti bahawa berlakunya letupan gunung berapi dan gempa bumi di kawasan pendudukan Nabi Lut a.s

Menurut surah As-Syuara ayat ke 173;

“Dan Kami hujani mereka dengan hujan  (batu) maka amat jeleklah hujan menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu”)

Werner Keller juga telah mencatatkan bahawa kawasan yang cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar akibat gempa tersebut. Di sinilahj terletaknya pada masa suatu dahulu bandar-bandar Sodom dan Gomorrah (tempat tinggal kaum Nabi Lut a.s)

Suatu ketika dahulu, tempat ini boleh dilintasi dengan berjalan kaki, namun kini Lembah Siddim di mana terletaknya bandar-bandar Sodom dan Gomorrah diliputi oelh permukaan rata bahagian cetek Laut Mati.

Keruntuhan yang dashyat ini kesan bencana yang berlaku pada tahun kedua sebelum masihi sehingga menyebabkan air masin.

Dari sudut mekanikal para penyelidik kaji bumi, bencana yang menimpa Kaum Lut a.s ini berlaku akibat rekahan panjang pada bumi (garisan gelinciran) sepanjang 190 kilometer dan membentuk dasar sungai Sheri’at. Sungai ini telah jatuh hingga 400 meter di bawah paras laut.

Baiklah teman-teman ku sekalian, begitulah ulasan yang telah membuktikan bahawa kemusnahan yang telah berlaku pada zaman Nabi Lut a.s sekaligus merungkai persoalan yang anda (yang ragu-ragu emgnenai perihal kehancuran yang amat dashyat manusia pada zaman sebelum Masihi)..

Dan kejadian ini hanyalah kecil jika dibanding hari kiamat yang Allah ciptakan kepada manusia untuk membuktikan kekuasaan Allah S.W.T......

latifah ramzi with lurve: MANUSIA DITENGGELAMKAN DALAM PERUT BUMI

latifah ramzi with lurve: MANUSIA DITENGGELAMKAN DALAM PERUT BUMI: " 'Bukankah Telah Datang Kepada Mereka Berita Orang-Orang Terdahulu Daripada Mereka, Iaitu Kaum Na..."

MANUSIA DITENGGELAMKAN DALAM PERUT BUMI

 
"Bukankah Telah Datang Kepada Mereka Berita Orang-Orang Terdahulu Daripada Mereka, Iaitu Kaum Nabi Nuh Dan Ad, Thamud, Kaum Nabi Ibrahim Dan Penduduk Negeri Madyan Serta Negeri-Negeri Yang Telah Dibinasakan? (Semuanya Telah Datang Kepada Mereka Rasul-Rasul Mereka Dengan Membawa Keterangan Yang Jelas Nyata, (Lalu Mereka Mendustakannya Dan Tuhan Pula Membinasakan Mereka;) Allah Tidak Sekali-Kali Menganiaya Mereka, Tapi Merekalah Menganiaya Diri Sendiri (Surah At-Taubah 70)


Allah menyampaikan risalahnya melalui para rasul-Nya, namun ada yang menerimanya namun ada juga menafikan dan menolaknya.

Bagi yang menerima, terletak dalam golongan yang kecil atau minoriti daripada penduduk keseluruhan zaman rasul-rasul tersebut termasuk (Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Lut).

Namun, bagi yang menolak, mereka bukan sahaja menolak secara terang-terangan tapi mereka turut berani menyakiti utusan Allah ini termasuk dari segi fizikal dan emosi. Ada di antara berani menyebarkan fitnah dan mencemuh Rasul utusan Allah S.W.T serta menuduh para anbia ini seperti “penipu’, ‘ahli sihir’, ‘gila’ dan ‘membangga diri’, dan ‘gila’. 

Demikian juga menimpa ke atas Nabi Lut a.s turut menjadi mangsa fitnah malah para pengikutnya menderita kerana menerima kerasulan dan mengikut suruhan Allah S.W.T.

Nabi Lut a.s hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s dan baginda diutus sebagai Rasul bagi kaumnya. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s.

Seperti yang dijelaskan dalam Al Quran, kaum Nabi Lut a.s membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan iaitu liwat.

Apabila Lut mengajal kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut dan juga amaran dari Allah S.W.T, mereka menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan perbuatan terkutuk itu.

“(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Tatkala saudara mereka – nabi Lut, berkata kepada mereka). Tatkala saudara mereka – Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi perintah Allah dan menjauhi larangannya- Nya. “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah (yang diutus Allah S.W.T) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang disampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah sekalian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!” Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji”: (Surah As-Syuara : 160 – 168)

Seruan Nabi Lut a.s telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Baginda redha dengan tuduhan, ugutan serta cacian daripada kaumnya sendiri. Baginda bersama para pengikutnya  disisihkan oleh golongan yang menolak seruan Nabi Lut (yakni golongan homoseksual).

Namun, reaksi dan perbuatan tersebut tidak sekali-kali memadamkan semangatnya untuk menyebarkan suruhan Allah S.W.T namun kaumnya tetap meneruskan aktiviti haram mereka. Sejurus itu Nabi Lut kepada kaumnya”

“Sesungguhnya kamu melakukan perkara yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat kumpulan tetamu?”

Kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek). Mereka menjawab dan mencabar Nabi Lut a.s “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.” (Surah Al- Ankabut: 28 – 29)

Lantas Nabi Lut a.s memohon dari Allah S.W.T. “ Ya Allah, selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan” Surah As-Syuara:169)

Doa Nabi Lut dimakbulkan, Allah S.W.T. mengutuskan dua malaikat yang mana sebelum itu menziarahi Nabi Ibrahim a.s untuk membawa berita bahawa isteri Baginda (akan melahirkan seorang anak).

Sejurus itu, kedua-dua utusan Allah ini menemui Nabi Lut a.s . Awalnya Baginda amat cemas namun setelah berbual seketika, perasaan cemas itu mula hilang

Baginda merasakan bahawa kedatangan para malaikat ini membwa khabar yang mendukacitakan namun kedua-dua utusan ini menjawab:

“Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakan, bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya. Juga membawakan kepada kamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka), dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan kepada wakt pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya. (Surah Al-Hijr . 62 – 66)

Pertemuan antara Baginda dan kedua-dua utusan itu akhirnya diketahui oleh kaumnya dan bertindak untuk mengelilingi seluruh rumah itu.

Malaikat itu berkata “ Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kaum kamu yang jahat itu tidak sekali-kali akan melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorang dari kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mreka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?’ (Surah Hud: 81)

Kebiadapan kaum Lut semakin melampaui batas, dengan memujuk untuk menyerahkan para tetamunya untuk dijadikan santapan nafsu golongan itu.

Akhirnya mereka dimusnahkan dalam satu bencana yang amat dashyat.

Tatkala terbitnya matahari, satu letusan suara yang menggempakan bumi, maka negeri kaum Lut itu tertimbus dalam muka bumi.

Surah Al- Hijr mulai ayat 73 – 76 menyatakan:

“Akhirnya mereka pun dibinasakan oelh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik (tertimbus segalanya yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirnya. Dan sesungguhnya negeri Kaum Lut telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).

Nabi Lut a.s bersama golongan yang beriman ini terselamat, namun isteri Nabi Lut a.s akhirnya musnah bersama-sama golongan yang engkar..... persoalannya sejauh manakah relevannya sejarah ini (yang terbukti dalam kitab suci Al Quran ini boleh dikaiitkan dengan bukti yang telah diperolehi pada masa kini. Apakah terdapat bukti saintifik mengenai sejarah ini? Ingin mengetahui ini dapatkan laporan seterusnya, Insya Allah dalam masa terdekat ya, nak tahu, sila preview blog saya setiap masa)

Tuesday, 29 March 2011

dah byk kali blogg

askum bagi anda blogger kat luar sane, saya sebenarnya nak kata baru, baru lah jugak , tapi sblm ni memg pernah blog, tapi luper jer password haish.... menyusahkan gerammm aiiiiiiii........tapi walau apa pun, kini aku berjaya memblog lagi, namun aku tetap tak puas hati, camne nak buat layout skin blog ni agar nmpk lagi menarik ek, bengang sgt, sgt konvensional okayyy, ishhhhh menyampah aku, kalo korang blogger kat luar sane tau camne nak dptkan skin yang serba serbi cantek dan memuaskan kati, tolong bagi send me an email, u all ckp jer camne nak buat, al maklumkan kadang-kadang aku ni bute IT jugak, hohhhh!!!! susah kannnn tapi aper pun, tujuan aku nak blogging bukan sahaja nak luah perasaan jer okk, tapi nak kongsi kepada anda yang sudi preview blog yg sederhana ini mengenai perkembangan menarik serta insya Allah clip-clip menarik mengenai suku kaum dalam dokumentari terbitan TV1 yang dikenali Orang Kita siaran dijangka April, Insya Allah andainya tiada aral melintnag, semoga sukses yer dokumentari kami ni yer, ok la, kalo aku ader maser tadi aku blog lagi ok ... bubaiiii ASALAMUALAIKUMM.......dan SALAM SATU MALAYSIA SUMER !!!!!!