Thursday, 31 March 2011

MANUSIA DITENGGELAMKAN DALAM PERUT BUMI

 
"Bukankah Telah Datang Kepada Mereka Berita Orang-Orang Terdahulu Daripada Mereka, Iaitu Kaum Nabi Nuh Dan Ad, Thamud, Kaum Nabi Ibrahim Dan Penduduk Negeri Madyan Serta Negeri-Negeri Yang Telah Dibinasakan? (Semuanya Telah Datang Kepada Mereka Rasul-Rasul Mereka Dengan Membawa Keterangan Yang Jelas Nyata, (Lalu Mereka Mendustakannya Dan Tuhan Pula Membinasakan Mereka;) Allah Tidak Sekali-Kali Menganiaya Mereka, Tapi Merekalah Menganiaya Diri Sendiri (Surah At-Taubah 70)


Allah menyampaikan risalahnya melalui para rasul-Nya, namun ada yang menerimanya namun ada juga menafikan dan menolaknya.

Bagi yang menerima, terletak dalam golongan yang kecil atau minoriti daripada penduduk keseluruhan zaman rasul-rasul tersebut termasuk (Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Lut).

Namun, bagi yang menolak, mereka bukan sahaja menolak secara terang-terangan tapi mereka turut berani menyakiti utusan Allah ini termasuk dari segi fizikal dan emosi. Ada di antara berani menyebarkan fitnah dan mencemuh Rasul utusan Allah S.W.T serta menuduh para anbia ini seperti “penipu’, ‘ahli sihir’, ‘gila’ dan ‘membangga diri’, dan ‘gila’. 

Demikian juga menimpa ke atas Nabi Lut a.s turut menjadi mangsa fitnah malah para pengikutnya menderita kerana menerima kerasulan dan mengikut suruhan Allah S.W.T.

Nabi Lut a.s hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s dan baginda diutus sebagai Rasul bagi kaumnya. Baginda telah dihantar sebagai rasul bagi satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s.

Seperti yang dijelaskan dalam Al Quran, kaum Nabi Lut a.s membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan iaitu liwat.

Apabila Lut mengajal kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut dan juga amaran dari Allah S.W.T, mereka menolak seruan itu, menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan perbuatan terkutuk itu.

“(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Tatkala saudara mereka – nabi Lut, berkata kepada mereka). Tatkala saudara mereka – Nabi Lut, berkata kepada mereka: “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi perintah Allah dan menjauhi larangannya- Nya. “Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah (yang diutus Allah S.W.T) kepada kamu. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang disampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah sekalian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!” Nabi Lut berkata: “Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji”: (Surah As-Syuara : 160 – 168)

Seruan Nabi Lut a.s telah disambut dengan pelbagai ugutan oleh kaumnya. Baginda redha dengan tuduhan, ugutan serta cacian daripada kaumnya sendiri. Baginda bersama para pengikutnya  disisihkan oleh golongan yang menolak seruan Nabi Lut (yakni golongan homoseksual).

Namun, reaksi dan perbuatan tersebut tidak sekali-kali memadamkan semangatnya untuk menyebarkan suruhan Allah S.W.T namun kaumnya tetap meneruskan aktiviti haram mereka. Sejurus itu Nabi Lut kepada kaumnya”

“Sesungguhnya kamu melakukan perkara yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat kumpulan tetamu?”

Kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek). Mereka menjawab dan mencabar Nabi Lut a.s “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.” (Surah Al- Ankabut: 28 – 29)

Lantas Nabi Lut a.s memohon dari Allah S.W.T. “ Ya Allah, selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan” Surah As-Syuara:169)

Doa Nabi Lut dimakbulkan, Allah S.W.T. mengutuskan dua malaikat yang mana sebelum itu menziarahi Nabi Ibrahim a.s untuk membawa berita bahawa isteri Baginda (akan melahirkan seorang anak).

Sejurus itu, kedua-dua utusan Allah ini menemui Nabi Lut a.s . Awalnya Baginda amat cemas namun setelah berbual seketika, perasaan cemas itu mula hilang

Baginda merasakan bahawa kedatangan para malaikat ini membwa khabar yang mendukacitakan namun kedua-dua utusan ini menjawab:

“Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakan, bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya. Juga membawakan kepada kamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka), dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar. Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya”. Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan kepada wakt pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya. (Surah Al-Hijr . 62 – 66)

Pertemuan antara Baginda dan kedua-dua utusan itu akhirnya diketahui oleh kaumnya dan bertindak untuk mengelilingi seluruh rumah itu.

Malaikat itu berkata “ Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kaum kamu yang jahat itu tidak sekali-kali akan melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorang dari kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mreka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?’ (Surah Hud: 81)

Kebiadapan kaum Lut semakin melampaui batas, dengan memujuk untuk menyerahkan para tetamunya untuk dijadikan santapan nafsu golongan itu.

Akhirnya mereka dimusnahkan dalam satu bencana yang amat dashyat.

Tatkala terbitnya matahari, satu letusan suara yang menggempakan bumi, maka negeri kaum Lut itu tertimbus dalam muka bumi.

Surah Al- Hijr mulai ayat 73 – 76 menyatakan:

“Akhirnya mereka pun dibinasakan oelh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik (tertimbus segalanya yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirnya. Dan sesungguhnya negeri Kaum Lut telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).

Nabi Lut a.s bersama golongan yang beriman ini terselamat, namun isteri Nabi Lut a.s akhirnya musnah bersama-sama golongan yang engkar..... persoalannya sejauh manakah relevannya sejarah ini (yang terbukti dalam kitab suci Al Quran ini boleh dikaiitkan dengan bukti yang telah diperolehi pada masa kini. Apakah terdapat bukti saintifik mengenai sejarah ini? Ingin mengetahui ini dapatkan laporan seterusnya, Insya Allah dalam masa terdekat ya, nak tahu, sila preview blog saya setiap masa)

No comments:

Post a Comment